Saturday, June 20, 2020

Perihal media sosial yang terlalu terbuka

Tahun 2020 baru menulis semula, memang pena berkarat la nampaknya ya.Tersenyum-senyum aku sendiri membaca post yang lepas, tips hidup tanpa menggunakan aircond konon.Nampaknya saat ini aku terpaksa juga memasang aircond kerana maklum la kawasan Nilai, Pajam, Lenggeng ini agak panas sedikit dan kurang hujan.

Terbaca juga post lama yang mengutarakan perihal media sosial yang agak terbuka dan mengenepikan norma-norma privasi kehidupan dan adab hidup bermasyarakat.Mungkinlah aku termasuk golongan yang agak kolot dalam hal sebegini jika dibandingkan dengan generasi muda kini.

Ehem dah lama juga aku gunakan perkataan norma rupanya, dan bukan semasa Covid 19 sahaja gamaknya. Menurut pengamatanku terpulanglah kepada hak,pilihan dan pendapat individu masing-masing tentang sejauh mana dia mahu membuka atau menutup privasi diri , kehidupannya juga.Cuma ada segelintir peniaga online hingga sanggup mempromosi hal di balik kamar tidur itu, sudah keterlaluanlah kurasakan.Ini memang bukan sahaja menyalahi norma orang Asia , norma manusia juga.Suatu hari bila kewarasan dan kematangan sudah dicapai, maka yang tersedar akan merasa malu akan perbuatannya sendiri, namun, nasi sudah menjadi bubur!Hidup ini jalannya kita pilih sendiri, pilih untuk selamat atau sesat, tepuk dada tanya Iman!