Sunday, February 3, 2019

Cara nak survive tanpa aircond di rumah

Akhirnya setelah berpanasan berharian,hujan pun turun dengan lebatnya di bumi Nilai ini.Lega sket bila hujan.So kurang sket rasa panasnya.Alhamdulillah!

Sejak 12 tahun tinggal di Nilai nih memang terasa panas tempat nih agak kurang hujan.Tetapi sejak itulah juga kami tidak pernah ada aircond di rumah.Bukan berjimat sangat tapi belum ada kemampuan lagi setakat ini.Ditambah lagi dengan cerita2 rakan2 yang bil melambung tinggi.Memang x la lagi.Alkisahnya kami baru jek setahun pulang ke tanahair sejak 4 tahun tinggal diluar negara.So memang agak menghargai la matahari sebab kat UK jarang matahari bersinar dengan jayanya.Tapi akhir2 ini memang terasa sangat la kebahangannya.

Satu mindset yang buat kami masih bertahan tanpa aircond hingga kini ialah semasa di UK kami struggle untuk memastikan rumah sentiasa panas oke.Bukan sentiasa sejuk oke.Sebab cuaca di luar selalu sejuk.Nanti sis share yer dalam post akan datang tips untuk rumah panas jika tinggal di luar negara.So kami agak bersyukur la rumah panas walau terpaksa bukak kipas 24/7.Klu di UK bukak heater 24/7 memang berasap poket dik non hahaha.

So sis nak share sket cemana nak survive tanpa aircond di Malaya:
1~rumah sis 2 tingkat so kami selalu menghabiskan masa di tingkat bawah
2~ada banyak kipas di rumah untuk setiap ruangan
3~nak masak akan membuat rumah bahang so sis bukak pintu dapur n depan
4~ kami mandi beberapa kali sehari utk mengurangkan panas badan
5~sis bukak tingkap tinggi berdekatan tangki atas tapi bergrill utk udara panas keluar
6~alas bantal dan cadar suma sis beli dari cotton 100% x beli jenis mix sebab panas
7~bahagian tingkap sis guna langsir yang bersesuaian
8~sis tanam pokok depan rumah untuk teduhan.Dalam rumah sis pon ada pokok2 juga.
9~pintu bilik juga pintu utama *bergrill sis selalu buka untuk pengaliran udara masuk dan keluar

Akan datang sis nak pasang beberapa air ventilator dekat bumbung juga beli  beberapa kipas besar macam kat kedai tuh.Ada rumah jiran sis tgk spai ada 8 aircond.Bilnya sis x berani la nak tanya dik non.Sis redha jelah keadaan sekarang.

Itu sahaja kali ni.Nanti cerita lagi eh.Chow!
Big Ben London, New Year countdown

Kemurungan

Sejak dua menjak di Malaya nie actually beberapa tahun kebelakangan ni I tengok banyak kes kemurungan di kalangan rakyat Malaysia.Sebenarnya di negara2 maju yang lagi banyak rakyatnya murung hal ini boleh diatasi dari awal.Comtohnya di England,pesakit yang murung akan berjumpa dengan registered GP dan GP akan refer pesakit pada klinik khas berkait depression.
Antara soalan2 yang ditanya ialah adakah pesakit ada kecenderungan untuk membunuh diri.Juga terdapat kempen dan poster untuk orang awam melaporkan kepada pihak berwajib dengan identiti dirahsiakan untuk kes pesakit murung sebegini.
Di Malaysia banyak hal menyebabkan rakyat kemurungan seperti kewangan,dadah,keluarga,ibu bapa,jarak tempat kerja yang jauh,perhubungan suami isteri jarak jauh,perkahwinan yang bermasalah stress di tempat kerja dsbnya.
Saranan saya ialah:
1~pesakit dapatkan sendiri bantuan dengan berjumpa doktor atau pakar atau persatuan jiran setempat juga NGO berkaitan.
2~jika melihat rakan , pasangan, dsbnya murung cubalah membantu.Jika tidak mampu cuba ikhtiar mereka berjumpa keluarga,doktor,pakar kesihatan,kaunselor di sekolah universiti,tempat kerja dan sebagainya.
3~beri moral support kepada anak, pasangan ahli.keluarga,rakan anda yang murung.Jangan biarkan mereka.Jadilah masyarakat yang prihatin bukan bagai enau melepaskan pucuk masing2.
4~tolonglah jangan judgmental terhadap mereka dengan mengatakan sebab ko x kuat iman x banyak solatla ko jadi begini.Ada kes orang2 terpelajar beragama juga tidak tinggal solat pun murung juga yer.
Nanti saya share cerita kemurungan juga tips mengatasi kemurungan.
Jadi langkah positif dari anda pasti mengubah hidup seseorang.Kalau tidak anda siapa lagi?!


Duncansby stack, Scotland@John Ogroat

Saturday, February 2, 2019

Salam 2019

Assalamualaikum,

Dah lama rupanya dunia blog ini kulupakan.Post terakhir 2012, 7 tahun lepas rupanya.Oleh kerana ada masa sedikit maka kuluangkan la untuk menulis.Mengasah penaku yang sudah lama berkarat.Ahkak nie kira legend dah dik non oi.Legend yang tak dikenali.Hanya segelintir sahaja.Kufikirkan bahan bacaan hari ini lebih banyak hiburan dari pengisian ilmu.Blog yang macam cendawan tumbuh banyak share tentang artis dan hal2 pelik.Social media pula terlalu open hinggakan lupa norma-norma kehidupan bermasyarakat juga kemanusiaan adab apatah lagi.Majalah-majalah online pula bagiku terlalu formal tiada imej santai untuk setengah informasi yang perlu.Maka blog ini letaknya di tengah2 antara santai dan informatif.Aku juga suka membaca review sesuatu tempat pelancongan juga setengah barang juga pelbagai informasi.Maka benarlah kata sifu legend blog Ben Ashaari yang blog masih relevant di abad kini.Akan menulis lagi.Ini baru permulaan.Salam sejahtera.

 Photo:Yorkshire Bank, Sheffield, UK 2014 with bitter sweet memories back in 1995