Sunday, February 3, 2019

Kemurungan

Sejak dua menjak di Malaya nie actually beberapa tahun kebelakangan ni I tengok banyak kes kemurungan di kalangan rakyat Malaysia.Sebenarnya di negara2 maju yang lagi banyak rakyatnya murung hal ini boleh diatasi dari awal.Comtohnya di England,pesakit yang murung akan berjumpa dengan registered GP dan GP akan refer pesakit pada klinik khas berkait depression.
Antara soalan2 yang ditanya ialah adakah pesakit ada kecenderungan untuk membunuh diri.Juga terdapat kempen dan poster untuk orang awam melaporkan kepada pihak berwajib dengan identiti dirahsiakan untuk kes pesakit murung sebegini.
Di Malaysia banyak hal menyebabkan rakyat kemurungan seperti kewangan,dadah,keluarga,ibu bapa,jarak tempat kerja yang jauh,perhubungan suami isteri jarak jauh,perkahwinan yang bermasalah stress di tempat kerja dsbnya.
Saranan saya ialah:
1~pesakit dapatkan sendiri bantuan dengan berjumpa doktor atau pakar atau persatuan jiran setempat juga NGO berkaitan.
2~jika melihat rakan , pasangan, dsbnya murung cubalah membantu.Jika tidak mampu cuba ikhtiar mereka berjumpa keluarga,doktor,pakar kesihatan,kaunselor di sekolah universiti,tempat kerja dan sebagainya.
3~beri moral support kepada anak, pasangan ahli.keluarga,rakan anda yang murung.Jangan biarkan mereka.Jadilah masyarakat yang prihatin bukan bagai enau melepaskan pucuk masing2.
4~tolonglah jangan judgmental terhadap mereka dengan mengatakan sebab ko x kuat iman x banyak solatla ko jadi begini.Ada kes orang2 terpelajar beragama juga tidak tinggal solat pun murung juga yer.
Nanti saya share cerita kemurungan juga tips mengatasi kemurungan.
Jadi langkah positif dari anda pasti mengubah hidup seseorang.Kalau tidak anda siapa lagi?!


Duncansby stack, Scotland@John Ogroat

No comments:

Post a Comment